"Separuh Jiwa" Lyrics
"Separuh Jiwa" huet Texter an beschte melayu Sprooch.
"Separuh Jiwa" Bedeitung kënnt aus der Sprooch beschte melayu an ass am Moment net an englesch Iwwersetzung ëmgewandelt.
XPOSE - Separuh Jiwa
Artis: XPOSE
Penerbit Eksekutif: Edwin Tan
Penerbit: Eppy XPOSE
Komposer: Eppy XPOSE
Penulis Lirik: Furhan XPOSE
Mix: Koh
Mastering oleh: Chris Tern @
Terbitan: Suwah Music Publishing Sdn. Bhd.
Pengurus A&R: Eppy
Pembantu Pengurus (Promosi & Pemasaran): Mickey Sharum
Pengurus Media Digital: Wan Iz Wan Mohamed
Eksekutif Media Digital: Radhi & Juff
Eksekutif Media Digital (Sosial Media): Iffah Mohamad
Dengarkan “Separuh Jiwa” di kesemua streaming platform kegemaran anda!
Apple Music:
Spotify:
Youtube channel XPOSE:
@xpose4455?si=miW7uY-B7DuDBpIT
XPOSE, sebuah band naungan Suria Records yang pernah popular menerusi single
pertama mereka bertajuk Sandiwara kini kembali merilis single terbaharu mereka - ‘Separuh
Jiwa’. Walaupun mereka sudah mempunyai beberapa lagu termasuk kolaborasi bersama
beberapa artis, mereka masih mengutamakan karya hasil mereka sendiri.
Menyentuh mengenai lagu ‘Separuh Jiwa, cerita disebalik lagu ini memberi maksud
yang amat mendalam. Lagu ini berkisahkan tentang seseorang yang memberikan seluruh hati
dan perasaan kepada seorang yang amat disayanginya malangnya orang yang disayangi itu
tidak memberikan perkara yang sama malah mencuranginya. Cerita ini juga boleh dikaitkan
dalam kehidupan seorang manusia yang banyak cabaran dan dugaan tetapi kita tidak boleh
berhenti malah kena terus berusaha untuk bangkit dan berjaya.
“Saya yang menulis lirik lagu Separuh Jiwa ini. Seperti lagu-lagu Xpose yang lain, setiap
lagu mesti mempunyai maksud yang tersirat. Saya tidak mahu lagu-lagu Xpose sekadar lagu.
Penting untuk saya menekankan setiap maksud sebagai panduan atau teladan untuk semua
orang termasuk diri saya sendiri”, ujar Furhan selaku vokalis Xpose.